Monday, 11 June 2012

Dakwah selama tiga atau empat bulan

Abdurazak meriwayatkan dari Ibnu Juraij, ketika Umar sedang bertawaf, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita yang bersyair,”Telah lama malam silih berganti dan aku tidak dapat tidur disebabkan tidak ada seorang suami yang dapat kuajak bercumbu.”
Kalau tidak kerana takut berdosa kepada Allah, pasti aku akan memanggil seorang untuk teman tidur.”
Ketika Umar mendengar syair itu beliau bertanya kepada wanita itu,”Apakah yang kamu maksudkan dengan isi syair itu?”
Jawab wanita itu,”Aku sangat rindu kepada suamiku yang telah meninggalkan aku selama beberapa bulan.”
Tanya Umar,”Apakah kamu bermaksud berbuat jahat?”
Jawab wanita itu,”Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan maksiat.”
Jawab Umar,”Kalau begitu kamu berhak untuk menemui suami kemali.”
Kemudian Umar mengutus seorang untuk menjemput suami wanita itu.
Setelah itu Umar bertanya kepada Hafsah,”Berapakah lamanya wanita mampu berpisah dengan suaminya?”
Jawab Hafsah dengan malu,”Tiga sampai empat bulan.”
Kemudian Umar menulis surat kepada semua tenteranya tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan.

No comments:

Post a Comment