Monday, 11 June 2012

Muzakarah Sunnah

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqy dari Ibnu Abbas r.a. marfuu’, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang berpegang kepada sunnahku di zaman kerosakkan umatku maka baginya ganjaran 100 orang yang mati syahid.”

Juga diriwayatkan oleh At-Thabrany dari Abu Hurairah r.a. hanya dikatakan,”Baginya ganjaran seorang yang mati syahid.”

Dikeluarkan oleh At-Thabrany dari Abu Na’iim di Hilyah dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w.,”Orang yang berpegang kepada sunnahku disaat rosaknya umatku, baginya ganjaran seperti ganjaran seorang yang mati syahid.”

Dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. mengatakan,”Orang yang berpegang kepada sunnahku di saat perselisihan umatku adalah seperti seorang yang memegang bara api.”

Dikeluarkan oleh Muslim dari Anas r.a. marfuu’, Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang benci akan sunnahku maka bukanlah golonganku.”

Juga dikeluarkan oleh Ibnu Asaakir dari Ibnu Umar r.a. dengan sedikit tambahan pada awalnya:”Siapa yang mengambil akan sunnahku maka ia termasuk golonganku.”

Dikeluarkan oleh Ad-Daraquthny dari Aisyah r.a. marfuu’ Rasulullah s.a.w. berkata,”Siapa yang menghidupkan akan sunnahku adalah ia bersamaku didalam syurga.”

No comments:

Post a Comment