Alqamah Ibni Said r.a. mengatakan bahawa pernah Rasulullah s.a.w. menyampaikan satu khutbah yang mana baginda memuji kabilah Muslim tertentu dan kemudian bersabda: Apakah perkara bahawa kabilah-kabilah tertentu tidak menyemaikan kefahaman agama kepada jiran-jiran mereka; ataupun mereka tidak mengajarkan agama, atau menasihati mereka, atau menyuruh kepada kebaikan , atau mencegah mereka daripada kejahatan? Dan apakah perkara bahawa kabilah tertentu tidak mempelajari ilmu dari jiran-jiran mereka, atau mendapatkan kefahaman agama, atau menerima sesuatu nasihat? Demi Allah! Mereka mesti mengajar ilmu kepada jiran-jiran mereka, dan mesti menyemai kefahaman yang baik kepada mereka, menasihati mereka, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kejahatan. Dan orang yang lain itu mestilah mendapatkan ilmu agama dari jiran-jiran mereka, dan mendapatkan kefahaman agama. Dan jika ini tidak berlaku, daku akan memberi mereka hukuman di dunia ini lagi. Selepas itu, Rasulullah s.a.w. pun turun dari mimbar.
Orang ramai pun mula bertanya siapakah orang-orang ini (yang dimaksudkan oleh Rasulullah)? Sebahagian mereka ada yang mengatakan:Mereka adalah kaum Al Asyari. Mereka mempunyai ilmu manakala kaum yang berjiran dengan mereka berada di dalam kejahilan. Berita ini sampai kepada kaum Al Asyari. Mereka datang kepada baginda dan berkata: Wahai Rasulullah! Tuan telah memuji kabilah tertentu dan menunjukkan tidak puas hati tuan terhadap kami. Apakah kesalahan kami? Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawa orang ramai hendaklah mengajarkan jiran-jiran mereka ilmu agama, menasihati mereka, menyuruh mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kejahatan. Dengan cara yang sama. Orang lain mestilah mendapatkan ilmu dari jiran mereka, menerima nasihat dari mereka, menyemai kefahaman agama, jika tidak daku akan menghukum mereka di dalam dunia ini. Kaum Al Asyari pun berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kami mesti menyemai kefahaman bagi orang lain (bahawa kami akan dihukum bagi kejahilan mereka)? Rasulullah s.a.w. mengulangi kenyataannya. Mereka mengulangi apa yang mereka katakan dan Rasulullah s.a.w. sekali menegaskan ucapannya. Oleh itu, kaum Al Asyari menumpukan tempoh setahun bagi kerja ini. Rasulullah s.a.w. menganugerahkan mereka setahun bagi pendidikkan jiran-jiran mereka; untuk menyemai satu kefahaman agama dengan mengajar dan menasihati mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran bermaksud:
“Laknat diumumkan bagi mereka yang kafir dari Bani Israil di atas lisan Daud a.s. dan Isa Ibnu Mariam a.s. mereka mengingkari dan tetap berada di dalam kezaliman, dan tidak mencegah antara satu sama lain. Sesungguhnya ia adalah kejahatan bagi pihak mereka”.(Tabrani dan Targhib)
Ahmad meriwayatkan dari Abi Balih katanya,”Aku dengar Usman berkata pada suatu hari di atas mimbarnya,”Hai kaum Muslimin, aku pernah menyembunyikan suatu hadisth yang pernah kudengar dari Nabi s.a.w. agar kamu tidak meninggalkan aku, sekarang aku ingin sampaikan hadisth itu agar kamu dapat memilih sesuatu yang baik buat kamu.”
Nabi bersabda,”Berjaga di garis depan fisabilillah suatu malam akan lebih baik di sisi Allah dari seribu malam selainnya di rumah.” (Musnad Ahmad)
Ahmad juga meriwayatkan dari Mus’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair r.a. katanya,”Pernah Umar berkata di atas mimbarnya,”Sesungguhnya aku tidak sampaikan hadisth Nabi s.a.w. ini kerana aku takut kalau kamu meninggalkan aku, kini aku harus menyampaikannya hadisth itu.”Berjaga-jaga satu malam fisabilillah lebih baik dari seribu malam selainnya walaupun digunakan puasa pada siangnya dan bertahajud di malamnya.” (Musnad Ahmad).
No comments:
Post a Comment