Sulaiman bin Abi Hathmah adalah seorang yang disegani di zaman permulaan Islam. Beliau telah dilahirkan semasa hayat Rasulullah s.a.w. tetapi beliau telalu muda di masa itu untuk dapat mendengar hadisth-hadisth dari Rasulullah s.aw. Di masa Saidina Umar r.a. menjadi khalifah, beliau ditugaskan menjaga pasar. Pada suatu hari, Saidina Umar r.a. mendapatinya tidak ada di waktu solat Subuh. Saidina Umar r.a. pergi ke rumahnya serta bertanya kepada ibunya mengapa Sulaiaman tidak datang bersolat Subuh. Ibunya menjawab bahawa beliau solat nafil sepanjang-panjang malam dan rasa mengatuk telah menguasai dirinya pada waktu Subuh. Lantas Saidina Umar r.a. berkata: “Aku lebih suka berjemaah dalam solat Subuhku daripada solat nafil sepanjang malam.”
Anas r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Jadikan sesuatu itu mudah dan senang untuk orang lain. Jangan menjadikan sesuatu itu berat kepada orang lain. Khabarkan berita gembira kepada mereka dan jangan menimbulkan sebarang pertentangan. (Bukhari).
Nota: Galakkan orang lain dengan menyampaikan berita gembira dan kebaikan atas amalan-amalan kebajikan yang telah dilaksanakan; dan jangan menakutkan mereka disebabkan dosa mereka sehingga mereka berasa putus asa dengan rahmat dari Allah, dan seterusnya dijaukan dari agama. (Muntakhab Hadisth)
No comments:
Post a Comment