Monday, 11 June 2012

Hak jiran

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk melindunginya disepanjang jalan. Malaikat bertanya; Ke manakah tujuanmu?. Jawab lelaki tersebut; Aku ingin menziarahi suadaraku di kampong ini. Malaikatpun bertanya; Adakah terdapat suatu nikmat yang engkau hendak perolehi dari saudaramu?. Jawab lelaki itu; Tidak Melainkan aku mengasihinya kerana Allah semata-mata. Malaikatpun berkata; Sesungguhnya aku utusan Allah yang telah dihantar kepada kamu bahawa Allah s.w.t. mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu. (Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya)

Al-Qurtubi telah berkata bahawa maksud; Melainkan aku mengasihinya kerana Allah, adalah adapun ziarah yang dilakukannya bukanlah untuk suatu maksud dari maksud-maksud duniawi. Maksud kasih-sayang Allah s.w.t. adalah kehendaknya ke atas hambanya dengan kebaikkan, taufik untuknya dan berlemah lembut terhadapnya. Di dalam hadisth menunjukkan besarnya kelebihan berkasih sayang kerana Allah s.w.t, ziarah menziarahi kerananya dan ia merupakan daripada amalan-amalan besar dari segi kemuliaannya. Begitu juga ia sebaai taqarrub kepada Allah s.w.t. lantaran ia lahir dari pengengkangan seseorang itu ke atas hawa nafsunya (rasa ego, bangga diri dan memandan rendah kepada orang lain). Kasih sayang Allah s.w.t. ke atas hambanya yang sedemikian itu adalah daripada kehendaknya sepertimana firmannya di dalam Surah Al-An’am ayat ke 125 maksudnya; Barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikannya petunjuk nescaya dia akan melapangkan dadanya untuk memeluk agama Islam.

Begitu juga apabila Allah s.w.t. mengasihi seseorang hamba, ia akan mengilhamkan taubat dan istighfar kepadanya dan oleh yang demikian si hamba tidak akan berterusan membuat dosa. Ini adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Imran ayat ke-133 yang bermaksud; Dan bersegeralah kamu kepada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.

Menurut Abul Khairy Al-Latifi Al-Binori melalui karyanya “Fadhilat dan Adab Amalan Ziarah saudara SeIslam”, ummumnya kebanyakkan orang Islam tidak lagi mempunyai keghairahan terhadap agama. Kegiatan kehidupan harian telah menjadikan mereka sibuk dan lalai dari tanggungjawab agama yang terletak di atas bahu-bahu mereka. Kebesaran kehidupan akhirat seolah-olah telah lama terpadam didalam sanubari mereka. Oleh yang demikian ziarah yang dilakukan kepada mereka adalah semata-mata atas dasar ini; iaitu ingat memperingati di antara satu sama lain tentang agama.

Hati-hati yang kosong daripada berkeghairahan kepada agama menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penghargaan yang sewajarnya terhadap agama tersebut. Semangat inilah yang perlu diwujudkan di dalam hati sanubari mereka. Ziarah kepada mereka dipanggil ziarah umumiah; ataupun ziarah umum. Ziarah dilakukan dikalangan semua orang tanpa mengira kedudukkannya didalam masyarakat, rupa dan bangsa asalkan mereka beragama Islam.

Menziarahi mereka dengan maksud menghubungkan silaturahim dan berpesan-pesan dan ingat mengingati dengan agama di antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment