Syihab Ibnu ‘Abbad rahmatullahi alaihi menulis:” Satu rombongan puak ‘Abad Al-Qais pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Saya mendengar salah seorang daripada mereka menceritakan tentang perjalanan mereka. Orang itu berkata:”Apabila kami tiba kepada Rasulullah s.a.w., kaum muslimin bergembira akan kedatangan kami. Apabila kami tiba di majlis Rasulullah s.a.w., orang ramai memberi ruang kepada kami dan kami pun duduk.
Rasulullah s.a.w. mengalu-alukan kedatangan kami dan berdoa untuk kami. Kemudian sambil melihat kepada kami rasulullah s.a.w. bertanya:”Siapakah ketua kamu?. Siapakah pemimpin kamu?. Kami menunjuk ke arah Mundhir Ibnu ‘Aid. Rasulullah s.a.w. berkata;”Asakah ini Ashaj?”. Adakah lelaki yang mempunyai tanda luka itu ketua kamu?”. Kami mengiyakannya (Ashaj merupakan seorang yang mempunyai tanda luka di kepala atau mukanya). Dia mendapat kesan luka di mukanya akibat cangkukan keldai. Inilah hari pertama dia dipanggil Ashaj. Apabila teman-temannya pulang, dia menetap, mengikat haiwan tunggangan mereka dan menguruskan barang-barang mereka. Kemudian dia mengeluarkan begnya dan menukar pakaian yang digunakan semasa perjalanan itu, memakai pakaian yang bersih dan datang menemui Rasulullah s.a.w.
Ketika itu, Nabi s.a.w. sedang mengerak-gerakkan dan meregangkan kakinya. Apabila Ashaj r.a. datang dekat dengannya, orang ramai memberi ruang kepadanya dan menyuruhnya duduk berdekatan. Rasulullah s.a.w. mengangkat kakinya, berdiri dan berkata:Wahai Ashaj! Mari ke sini. Beliau datang dan duduk di kanan Rasulullah s.a.w. yang mengalu-alukannya, melayannya dengan penuh kasih dan menanyakan tentang daerahnya serta turut menyebut tentang setiap tujuan di Hajar seperti Safa, Mushqar dan sebagainya. Ashaj r.a. berkata: Wahai Rasulullah! Haruskah ibu bapaku mengorbankan nyawa untukmu? Tuan tahu nama-nama Bandar kami lebih dari kami.
Rasulullah s.a.w. berkata: Daku tahu kawasan kamu dan daku pernah ke sana. Kemudian Nabi s.a.w. mengalihkan perhaitnanya kepada golongan Ansar dan berkata;Wahai Ansar! Layanilah saudara-saudaramu dengan kehormatan kerana mereka adalah muslim sepertimu. Warna rambut dan kulit mereka menyerupai kamu. Mereka menyertai Islam atas kehendak mereka sendiri. Mereka tidak pernah dipaksa ataupun disebabkan harta kekayaan mereka dirampas dan mereka memeluk Islam untuk mendapatkannya kembali. Sebaliknya, sesetengah orang yang tidak menerima Islam (berperang dengan kita), telah dibunuh. (rombongan itu tinggal bersama-sama golongan Ansar). Kemudian pada waktu pagi, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu mendapati saudara-saudara kamu melayan kamu?.
Mereka menjawab: Mereka merupakan saudara-saudara yang baik. Mereka memberikan kami tempat tidur yang empuk, makanan yang lazat dan mengajar kami kitab Allah Tabaraka Wata’ala dan sunnah Rasulullah s.a.w., pada waktu pagi dan petang. Rasulullah s.a.w. amat menyukainya dan merasa sungguh senang hati. Kemudian baginda memberikan perhatian kepada setiap seorang daripada kami. Kami memberitahunya apa yang telah kami pelajari dan telah diajar. Ada yang di ajar tentang tahiyat, surah Al-fatihah, satu surah, ada yang dua surah dan sesetengahnya banyak sunnah. (Musnad Ahmad)
No comments:
Post a Comment