Monday, 11 June 2012

Dakwah selama tiga hari

Daruqutny meriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. berkata, pada suatu ketika Nabi s.a.w. memanggil Abdurahman bin Auf dan berkata,”Bersiaplah aku akan mengutusmu dengan suatu pasukan.” Kemudian Abdurahman binAuf berangkat menyusul kawan-kawannya yang telah mendahuluinya sampai ke Dkumarul Jandal. Ketika pasukan itu masuk daerah ini, mereka selama tiga hari berusaha untuk mengajak penduduk daerah itu untuk masuk Islam. Pada hari ketiga seorang bernama Asbagh bin Amru Alkalby seorang Nasrani masuk Islam, orang ini termasuk orang yang termuka. Kemudian, Abdurahman menulis surat kepada nabi s.a.w. yang dibawakan lewat seorang yang bernama Rafi’ bin Muksin Aljuhainy. Dalam surat itu diberitakan segala kejadian. Kemudian Nabi s.a.w. menulis surat kepada Abdurahman bin Auf untuk mengawini puterinya Asbagh yang bernama Tumandhir bin Asbagh dan dari perkahwinan itu lahir seorang putera yang bernama Aba Salamah bin Abdurahman.

No comments:

Post a Comment